Ahad, 28 Oktober 2018

.:: MotoGP 2016 ::.

hi, mood menulis kembali.. hihihi

29 Oktober 2016 - Sabtu

ok, ni cerita motogp 2016, seperti yang dirancang kami bergerak hari Sabtu, kumpul di Tol Skudai, isi minyak, ngopi dan susun plan seterusnya.. oh ye, hari ni besday kakak.. tiada hadiah dari yang tersayang tapi tak pe, kakak faham Abg Ley da bawak g motogp ni pun kira hadiah.. tQ dear...



 baju BMW ni Abg Ley yang beli.. sama dengan motor katanya..

the team

 semua baru nak sampai... 

perjalanan diteruskan setelah semua sampai,, tapi apa kan daya kt simpang renggam motor Azan problem,, eh motor rosak ni biasa,,, yang bagus nya diorang ni,, semua amik port tolong, ye la.. pegi sama-sama balik pun sama-sama


 yang ni bergaya tak abis-abis... hihihi

alhamdulillah, motor Azan siap dibaiki.. lama gak la,, ada la dalam 2 jam.. perjalanan pun disambung kembali, diorang ajak singgah Melaka pegi festival makanan Thai.. eerrmm, feveret tu.. jom la singgah


oh ye, kakak je sorang wanita... 


aduh, ramai nya orang

tu kuah tu seperiuk..

suprise,,, budak-budak ni belikan kek untuk kakak,, celebrate besday katanya,, oh terharu,, terima kasih banyak-banyak la hai,, lagi syok Abg Ley suap kan kek untuk kakak.. aauumm



 

5.30 petang kami teruskan perjalanan, setelah dirancang, kami bermalam di Seremban.. lagi pun letih sebab hujan, diorang semua nak rehat, esok race day nak pegi awal, dijangkakan manusia akan ramai di Sepang esok..

kami stay kat area Hospital KPJ Seremban tu, yang sebelah nya ada Palm mall.. hotel pun hotel biasa je.. tak kisah la kan asal bole rehat.. lepas mandi semua kami pegi makan kat mall dan beli barang makanan untuk esok seperti air mineral.. 





Azan, kawan baik Abg Ley

darwis. sepupu Azan

 makanan kegemaran

makanan kat Black Canyon ni lebih kurang macam makanan kat Thailand

lepas makan, check mata pulak

bersungguh Abg Ley tak nampak, hihi

30 Oktober 2016 - Ahad

seawal 9:00 pagi kami semua da check out, tapi masih ade yang lambat, eerrmm bebudak ni memang tau... kalau lambat nanti tak dapat seat kat K1, sekarang orang da ramai, tak macam dulu, kosong.. ape-ape jom la sarapan kat mamak...


mana la bebudak ni,, lambat bebenoooo..


isi minyak, isi minyak

11:15 pagi kami siap park motor tempat parking,, RM10 sekali masuk, kalau tak silap la.. kaya SIC time motogp ni, 1 Malaysia mat motor datang Sepang,,, kalau yang penah pegi mesti tahu macamane lautan motor kat sana... 

kebetulan nya hari tu kami pakai baju kaler biru/kuning, nampak sangat kami support VR46... hihihi








ni la entrance untuk ke K1, takut da nak lalu sini sebab abis semua beg di checknya, air mineral adalah dilarang tapi kami sorok, lepas.. hihi


kali ni memang ramai orang, kami sampai tempat semua da penuh, sampai kan kakak dengan Abg Ley dok jauh... tu, jauh kan.. seronok nampaknya awak bersorak ye Abg Ley... tak pe sorak la dulu, kakak nak pegi booth jualan jap nak cari baju ke ape ke sebagai kenangan GP tahun ni...


ok, kakak tengok saje

mahai mahai baju tshirt nya.. macam tak reti nak beli.. hihi

alamak hujan pulak... cepat cepat balik ke K1...


kami tengah tunggu race MotoGP start.. hari da nak hujan da ni...



dapat pun dok sebelah Abg Ley selesai merajuk, hahaha

macam biasa, Rossi kalah.. walaupun kalah tapi peminat dia tetap ramai...


bye Rossi, jumpa next year...


jom balik


selesai aktiviti tahunan kami, Alhamdulillah semua nya berjalan seperti yang dirancang.. abis je race kami semua balik ke JB... singgah la RnR kejap isi minyak dan makan tapi tak lama sebab semua kena keje esok..

da da ~ ~

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...