Khamis, 8 September 2016

.:: Our 7th Anniversary ::.

cerita sebelum puasa.. hihihihi

----------------

6.6.2015 - 7 tahun da,,, tapi kami masih lagi dalam proses mengenali antara 1 sama lain... bahagia? sangat bahagia.... tapi tiada jalan mudah untuk mencari lebih banyak kebahagiaan itu... sama² berusaha untuk mengecapi nya... ok?

hihi,,, maksud asal berjalan ni sebenarnya pegi wedding kawan MRK kat Felda Purun, Triang...tapi kami selit sambutan anniversery kami.. berdua je,, ride pun berdua jek.. 2 hari 1 malam = penat... !

pelakon utama




petang sabtu kami bergerak,, kami bermalam di Segamat - Kop Town Hotel... malam tu ke 1 Segamat,, sempat la kami shopping baju raya dan MRK beli kasut,,, asik beli kasut je... geram pulak kita... lepas shopping kami makan kat Selera Thai.. sedap jugak tomyam nya.... 


 

shopping macam tak ingat yang kita ni naik moto,, mana nak letak semua tu,,, eeerrmmm


seawal 10 pagi kami check out dan terus menghala ke Felda Purun,,, lebih kurang jam 1 tengahari kami sampai umah pengantin... kiri kanan kelapa sawit - panas - ngantok...



majlis yang simple, tak riuh tak kelam kabut.. mungkin ni cara orang Pahang buat majlis kawin kot... lagi pun ni belah lelaki,, memang simple kot eak.. hihihi

ikan patin tempoyak dan sup kambing -  memang sedap,, terbaikkkk

MRK dan pengantin - Usop, wife nya orang Sabah.. 
Selamat Pengantin Baru...


lama jugak la kami lepak kat uma Usop tu,, sambil tunggu kawan² MRK yang lain sampai,, diorang nek kete reramai...  agak² jam 330 petang kami gerak balik JB,,,


laluan balik ke JB MRK ikut - Kuala Pilah - Jasin - Muar - JB... adeehhh... penat aku dok belakang...

singgah minum cendol dan air kelapa... kat Serting kot ni...



da nampak sign JDT tu da senang da ati,, tetiba terbagi cadangan nak makan kat Saba Awor.. impian yang da lama aku simpan nak makan berdua dengan MRK... akhirnya tercapai... yeaahhh


 

  kami makan di Gerai No. 2...

 dinner kami RM64... puas - sedap - best - ngantok

kekenyangan... hihihi

siap makan kami pun bertolak balik ke JB... MRK tak bawak laju pun sebab jalan jem... lagipun masih tak malam sangat,,, sampai JB kol 10 malam,, rehat kan badan sebab sok 2 2 keje...

penat, mesti la tapi moment 2 hari 1 malam tu tak leh dapat kat mana².... harap² anniversary tahun depan akan lagi best best dan best... hihihi

Happy Anniversary Sayang, 
semoga kehidupan kita berdua akan bertambah barokah hingga ke akhir hayat,, 
Amin ~~

da da ~ ~

Tiada ulasan:

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...