Khamis, 8 Januari 2015

.:: Tak La Pandai Sangat, Tapi Minat ::.

aku memang peminat zapin tapi tak semua jenis zapin aku tau... bergiat dengan zapin ni masa abis belajar 2003 dulu,,, ikut belia kat felda tu,,, zaman tu tengah dok sibuk zapin zapin zapin...

eh,, bila da keje ni tak sangka pulak kena menari,,, aku la orang pertama yang akan serah diri dengan rela hati,, hahahaha... bukan ape,, seronok seronok jek,, sesekali nak asah otak dok fikir step,,, rasa da berkarat nooo da otak ni,, kekeke... berpeluh jugak la walaupun tak berjurai...

sepanjang kat 6 tahun kat Audit ni da 2 kali kena menari... 1st sepupu Wawan yang ajar,, persembahan untuk pegawai Audit dari indonesia... 2nd jurulatih dari Jab. Kesenian & Kebudayaan Johor ajar,, persembahan untuk dinner Hari Audit 1 Malaysia kat Kedah... menari ni bukan untuk pertandingan pun,,, persembahan jek,,, 

tup tup,, sekali lagi aku dan kawan² keje kena menari... kat Parlimen pulak tu 8 Februari 2015 nanti,,, tapi 9 Januari ni Tan Sri nak tengok dulu,, full rehearsal kat akademi audit... nebessszzz uolsss..

pertengahan Disember aritu boss da suro berlatih... ntah caner la aku dipilih ke memilih diri sendiri untuk menguruskan team menari ni,,, aku pun tak tau,, tapi aku suka jek,, ahakksss

team pompuan

berfikir la konon mencari cikgu untuk mengajar menari ni... boss pulak request nak yang happening dan rancak... terus la offer sepupu ku, Sani,,, dia cikgu tapi tengah cuti sekolah kan,, dia bole jek,, walaupun dia dok Kluang,,, gigih kan,, hahahaha  

team lelaki

alhamdulillah team tarian aku semua bagi komitmen lebih 100%... suka sangat... lepas tu semua cepat pick up,,, 3 minggu kami semua dok berlatih 3 jenis tarian,, kontemporari, kuda kepang dan zapin,, 2 ari sebelum rehearsal HQ request untuk kami buat tarian Selamat Datang,, haiyyooo,, gigih laaaa nak ngapal step baru,, yang 3 tu pun carca marba... huhuhu

pagi ni kami semua da ready kat berangkat ke Akademi Fantasia Audit Negara, Nilai,, Jumaat malam ade full rehearsal siap pakai semua kostium... harap² semuanya berjalan lancar,,,
 
 

 da da ~ ~

2 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

assalam dik singgha follow sini tengok bakat terpendam hehe

Sha Nikitasakura berkata...

Wah..pandai menari zapin..

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...