Selasa, 27 Mei 2014

.:: Homemade | Sup Embah Turun Temurun ::.

da makan ke? kalau belom meh aku nak share 1 masakan dari embah aku,,, sangat special untuk family aku dan waris-waris embah aku serta MRK.. MRK cakap makanan ni adalah ain dari yang lain untuk diri dia...dan dia cakap sedap... terangkat muntut aku dapat pujian,, hahaha

MRK memang suka makan makanan ni,,, ala,, sup ala-ala soto ayam gitu,,, tapi versi orang jawa... segerrrr je bila makan... senang sangat nak masak nyer,,, dan bahan-bahan pun mudah jek nak dapat,,,

nak resepi? ala, tak pandai nak sukat-sukat,,, aku masak pun lebih kurang campak-campak jek,,,

Bahan-bahan

Lontong 1 gulung - makan 2 orang cukup (mee kuning/mee hoon pun bole)
Ayam seekor @ setengah yang sedang - potong 16/18 (nak tuko daging pun bole)
Serai 1 batang
Daun sup
Sup bunjut
Garam
Gula
2 sudu besar lada putih - ikut korang
Daun sup
Bawang goreng
3 - 4 biji bawang putih **
1 labu bawang besar **
Halia sebesar ibu jari **
Setengah ibu jari kunyit hidup **
2 - 3 sudu besar ketumbar **
1 sudu kecil jintan manis **
**blend

senang kan,,, ok yok kita masak ayam dulu,,,

1. sediakan periuk yang agak-agak bole muat seekor ayam tu sebab kita nak rebus ayam
2. masukkan air agak-agak, jangan sampai ayam tenggelam,,,
3. masukkan bahan blender dan serai
4. perasakan dengan garam dan gula
5. masak sampai ayam empuk - keluarkan

air rebusan ayam tu la digunakan untuk jadikan kuah nyer...

6. masukkan sup bunjut dan tambah air,,, ikut bajet sendiri ea
7. didihkan kuah tu sambil empuk kan lagi tulang @ kaki ayam
8. perasakan lagi dengan garam sebab da tambah air kan tadi
9. last sekali masukkan lada putih,,, didih kan dan tutup api
10. siap untuk dihidang...


 ayam ungkep | lontong | bawang goreng | daun sup

 soto sup yang dipenuhi dengan kaki ayam

ok,, jangan lupe makan dengan sambal kicap,,, yyuummmyyy

** pada waris-waris embah, kalau ade yang silap kat resepi ni sila bagitau k,,, hihihi

da da ~ ~


Tiada ulasan:

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...