Khamis, 16 Januari 2014

.:: Homemade | Ikan Patin Masak Tempoyak ::.


ingat tak dulu ade satu masa berita sensasi lagi menggemparkan makan ikan patin mahal gilerssss... beribu kalau tak silap kan... time tu dok terfikir special sangat ke menu tu sampai beribu ringgit kena bayar,,, ish ish ish... 

rentetan dari citer tu, aku terus pasang niat nak try masak resepi Ikan Patin Masak Tempoyak... wahhh, berapa lama da pasang niat tu,, 2014 baru tercapai,, hahahaha... resepi i google jek,, 


Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan :
1 ekor ikan patin 
5 biji cili padi - nak pedas letak lebih - aku letak lada beso sikit
1 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh letak tempoyak lebih 
1 kuntum bunga kantan - belah 2 (aku tak letak)
sedikit daun kesum 
1 keping asam keping jika perlu 
garam secukup rasa

Cara :

Bersihkan ikan patin.
Untuk hilangkan bau ikan ni, aku lumur dengan tepung gandum dan segenggan asam jawa.
Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dan kunyit.  
Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk. 

Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.
Siap !


ikan sekor tu aku aku tak masak semua,, sebab 1st try kan,,, takut tak jadi membazir je buang... masak 5 potong jek,,, 1 potong aku makan, 2 potong bagi kakak ipo, 2 potong MRK makan dengan Zul... 


so far kakak ipar, MRK dengan Zul cakap sedap,, alhamdulillah,, suka sangat sebab resepi menjadi,,, dalam freezer ade lagi separuh yang belum masak tu,,, tempoyak pun ade lagi,,, bole la i masak lagi nanti,, yuummyyy... 

so, selamat mencuba..

da da ~~


1 ulasan:

Nur Atira berkata...

peh peh pehh . sedap !!! kena cuba ni .

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...