Khamis, 12 Disember 2013

.:: Bikers Kental Menuju Ke Utara | Part 1 ::.

1, seronok... 2, penat... 3, duit abis... 4, nak pegi lagi... pendek dan padat kenyataan aku ni kan... hahaha,,,

alhamdulillah, setel da family holiday merangkap hanimun kami... tahun lepas kami ke Jakarta/Bandung, tahun ni dalam Malaysia jek.... dari JB kami menyusuri highway PLUS menuju ke Utara Malaysia... Melaka, N9, KL, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, semua kami singgah,,, tak sangka hanya dengan menaiki motorsikal tapi berkuasa tinggi la... hihihihi... percutian 4 hari 3 malam ini akan menjadi kenangan selama-lamanya dan akan sentiasa segar dalam ingatan kami semua... 

ok, nak start cerita ni,, agak panjang tau aku bebel,, kalau boring tengok gambo je k... percutian ni adalah antara idea MRK dengan bff dia, Azan.. kami memang dok plan nak ke Langkawi lepas 2 3 kali kami ke KL tapi tak la secepat ini,, tetiba balik kampung bak MRK ajak bercuti naik kete,, da gitu, MRK terus la buka mulut memang nak bercuti tapi nak naik motor,, terus² la Bak setuju nak join kitorang terus putuskan tarikh... errmmm,,, dalam ati kawe ni doh melonjak² gembira,, hahahaha,, terus aku label kan percutian kami ni Percutian Bikers Kental Versi Keluarga  Ke Utara Malaysia,, panjang kan... hihihi

Sabtu - 30.11.2013


family of Abu Bakar

lebih kurang jam 8 pagi kami perjalanan bermula dari uma aku, peserta adalah aku, MRK, Azan, Darwis dan semua ahli keluarga MRK kecuali adik no. 4 dia tak ikut, sebab keje.. 9 orang dengan 5 biji motor,, janji dengan Azan kat RnR Kulai tapi dia lambat so, kami tunggu dia kat RnR Machap pulak sambil sarapan pagi... 

lepas isi minyak kat RnR Machap

aku malas nak buat sarapan kat uma, malas nak kemas,, hahaha,, bole gitu,, mak mertua dengan pak mertua ade tu,, sori mak bak,, 

da siap sarapan, Azan pun sampai kami meneruskan perjalanan ke Melaka,, singgah kat Dataran Pahlawan Mall, mak mertua nak betulkan gelang emas dia,, tercabut ape ntah,, sambil tunggu kami pun sambil makan KFC,, 

da siap semua kami pun meneruskan perjalanan lagi, ikut jalan dalam, singgah Sg Udang bak ajak makan nasi ayam kat sana,, macam bes jek,, yok makan lagi.. hihihi

 
bukan main senyum sambil menjeling ye awak ea Azan,, hahahaha

memang sedap, harga untuk semua yang kami makan aritu kalau tak silap RM57.00 untuk 9 org makan, air longan 2 jug, murah kan.. tak caya? senarai harga ade kat bawah.. saksikan lahhhhhhh ~~ 


ooooo,,,, hoiii,, bila da makan mata pun mintak bantal la kan,, iisshh, atas motor pun aku leh terlelap tau,, hahaha,, tau bahaya tapi teramat ngantok,, aku rasa bukan aku sorang macam tu,, semua mesti camtu, lagi mak mertua den tu,, da la motor nyer selesa, kompom lelap atas motor, hahaha

lepas makan tu kami jalan lagi menyusuri pekan Linggi sampai ke Teluk Kemang,, wahhh,, lalu depan politeknik port dickson,, tetiba teringat zaman belajo dulu² kala,, kenangan sangat², rasa nak mintak MRK benti sat kat pintu masuk poli nak snap gambo, hahaha,, berangan jek... 

ku sangka kan panas rupenyer hujan kat highway area Nilai,, benti sat kat bawah flyover,, sejukkk ooo, lagipun tak sanggup nak redah hujan yang agak lebat tu,,, mau lencun luar dalam kang,, hahaha


hujan da reda kami berdesup terus masuk KL, menuju ke Pertama Kompleks,, kami nak shopping.. shopping ape? jom r tengok,,, 

 MRK belanja separuh² untuk boot kami itu...

MRK beli jaket, da macam robocop versi gelap da MRK,, hahaha

 MRK beli beg motor, Azan beli ape ntah tu,,,

tak sangka sangat² MRK nak belanja walaupun separuh²,, tapi dia tak beli,, tak kena la kan,, dia cakap nak beli kat Singapore nanti, ye la.. ape pun terima kasih sayang belanja saya... hihihi...

siap shopping semua hari pun da nak gelap, time kami keluar dari KL jam da kol 7 lebih.. pusing² cari jalan kuar untuk menghala ke Perak hari pun gelap.. isi minyak kat Damansara berdesup terus ke Perak dan berhenti di RnR Tapah... 

seksa jugak la kan nak sampai kan ke Tapah tu,, tak best sebab malam, tak dapat melihat keindahan alam, ke-2, aku lelap atas motor so tak nampak la tembok batu tinggi kiri kanan, ntah yang kat mana ntah kan,, terowong pun aku dapat tengok sikit, tu pun da kat hujung keluar,, hahaha,, mata lalok bebeno time tu,,, ish ish ish, rugi kan,, 

agak² kol 10 lebih la kami sampai RnR Tapah.. memasing da kejang kaki, bumper da krem,, mata da kelat,, dan lapo.. RnR Tapah kan banyak kedai makan kan, tapi diorang semua menuju ke KFC,, sekali lagi makan hayammmmm,,, errmmmm.. mertua i makan kat kopitiam luar sebelah surau jek,, malas kata nyer nak jalan jejauh,, ye la mak, ye la bak... 

bertimbun beg

da siap makan, rehatkan badan kat wakaf sat.. dapat la kami lelapkan mata sejam gitu, time tu hujan gerimis manja² jek,, hu hu huuuuu,, sejuk,,, time tu la teringat gebo kat uma,, hihihi.... perjalanan kami diteruskan menuju ke RnR Bukit Semanggol... pun jauh gak tu, macam biasa la, aku mesti lelap atas motor,, *_*

setiap perhentian yang kami berenti tu sebenar nya adalah untuk mengisi minyak motor, pak mertua memang da bajet sekian banyak isi minyak, sekian jauh je bole jalan,, kami semua memang respek bak la sebab sepanjang journey ni kami tak pernah kehabisan minyak,,,

sampai di RnR Bukit Semanggol area jam 1 pagi,, kali ni lepak lama la kat sini, lepak sampai pagi.. gembira je semua dapat luruskan badan walaupun tak de tilam yang empuk,, hahahaha,, memasing tido beralaskan jaket di atas simen,, kata bikers kental.. so kental sangat da ni kan,, hahaha.. Azan, Darwis dengan Napi je special, tido kat surau,, amboi korang eaaaa...


aku tak kisah tido atas ape ke yang penting tab dan handphone battery full,, nasib baik la kat tiang² ni ade plug,, ngecas la aku kejap,, lepas tu aku tido sambil dhiburkan dengan dengkuran MRK yang sangat merdu,,, hahaha,, sian bak, tak bole tido sebab MRK berdengkur,,,, kui kui kui


ok,, cukup untuk part 1,, agak detail tau citer aku ni, harap korang pun dapat menjiwai nyer,, sambil korang bayangkan caner aku lelap atas motor dengan kelajuan lebih kurang 130 - 140km/sejam..

to be continue......

bayangkannnnnnnnnnnnnnnnn...

da da ~~


entry berkaitan:-







1 ulasan:

Haris Hatta berkata...

Best r..bile ler aku nk join bikers² nih..

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...