Jumaat, 1 Mac 2013

.:: Homemade | Kuih Seri Muka ::.


dok belek² resepi tetiba macam nak try buat kuih ni,, nampak macam senang,, bahan² pun tak rewel/cerewet... tinggal beli beras pulut dengan santan jek,, yang lain ada,,,

untuk percubaan kali pertama ni aku pakai loyang kecik,, dan sukatan pun aku kurang kan sikit,, resepi aku amik kat sini..


lapisan bawah (bahan A)

segenggam beras pulut yang telah di basuh dan direndam beberapa jam
1 cawan santan cair
sedikit garam

lapisan atas (bahan B)

1 cawan santan pekat
setengah cawan santan campur air pandan
1 biji telur
setengah cawan gula
setengah cawan tepung kastard
setengah cawan tepung gandum
sedikit garam

cara²nyer
  1. campur semua bahan A dan kukus sehingga masak - lebih kurang 30 minit
  2. masa nak kukus pulut, loyang tu aku da lapik kan dengan plastik biar tak melekat dan senang di potong
  3. tekan pulut yang telah masak supaya mampat dan padat
  4. campur semua bahan B dan gaul sehingga rata. Tuang dan tapiskan kan ke atas pulut yang telah masak tadi.
  5. kukus selama 30 minit
  6. sejuk kan seketika dan potong menggunakan pisau plastik
tepeleot sekali lapisan yang atas tu,, pisau pemotong kontot daaaaa.. hihi

MRK kata ok... memang pasni aku balun buat kuih ni je la,, hahaha.. memang berseri la muka dia nanti,, ahaksss

selamat mencuba !!!

da da ~~

** i buat giveaway tau,, senang jek,, esok last day,, jom join,,,,


Tiada ulasan:

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...