Jumaat, 1 Februari 2013

.:: Malang Tak Berbau | Family Exciden ::.


lama kan tak citer² kat blog ni,, lately ni aku agak bizi,,, bizi dengan keluarga... nak menaip pun malas,,, banyak aku nak share sebenar nye,, arini baru ada mood tu datang... 

ok la,, malang tak berbau kan.. sabtu malam lepas 26.1.2013 keluarga aku ditimpa kemalangan,,, kira² jam 10.15 malam... ni semua cerita dari orang ramai yang berhenti kat tepi² jalan time exciden tu dan cerita dari mangsa exciden tu sendiri,, aku compile dan rumuskan... aku sampai,, bomba, polis trafik semua da ada,,,  

mak, abah, adik, kakak ipar (kak mimi) dan 3 anak nyer 1 kereta otw balik dari makan kat Taman Tun Aminah menuju balik ke 5 kedai... mak pangku anak abang Kaisah kat depan yang lain kat belakang... lepas lampu trafik hutan bandar mutiara rini 2 lorong jadi 1 lorong,, depan kereta abah Iswara,, oleh kerana Iswara berada di jalan utama, abah lepas kan Iswara dulu, lepas tu baru turn abah ke jalan utama,, jarak antara Iswara dan kete abah tak jauh, tak sampai sedepa pun,,, dengan tak semena-mena tetiba ada cahaya kereta Mercedes dari arah bertentangan masuk ke jalan abah... abah, mak, kak mimi nampak kereta tu tapi tak bole nak buat ape²,,, Mercedes tu langgar Iswara dan jatuh di hadapan abah, tak dapat nak elak,, abah terus langgar sisi kiri belakang Mercedes tu,,,  

cermin depan kereta abah pecah, mujur time tu tak de kereta dari arah belakang yang melanggar abah.... kalau tidak tentu Kaisah akan terpelanting ke depan,, subhanaAllah... bahagian depan kereta abah remuk tapi tak kena enjin,,, abah tak luka ape² sangat, cuma bibir luka sikit, perut senak kena steering agaknyer,, mak dan Kaisah teruk gak, muka kena cermin pecah,,, kereta Iswara teruk, drivernyer Cina mati ditempat kejadian sebab kereta remuk abis kat bahagian pemandu...driver Mercedes pun cina tapi tak cedera ape²,, ye la airbag keliling keluar,,, Merceder 350 kan,,

 ramai pulak orang


kete abah

teruk kan keadaan kemalangan ni,, masa aku sampai tu, mak abah semua takde, diorang da pegi hospital,, aku dan MRK serta sedara mara yang lain setelkan kat tempat kejadian... lepas polis amik semua maklumat dan kereta pun da ditarik ke balai baru aku ke hospital sultanah aminah... nasib baik adik ada,, dia yang uruskan mak abah kakak ipar dan anak²nyer kat hospital,, adik cakap abah kena xray sebab dia cakap sakit dada,,,  mak dan kaisah kena dapat kan rawatan jahitan untuk luka kat muka,,, Ya Allah,,, mesti sakit kan,,, luruh rasa jantung bila tengok mak abah kaisah darah².. nasib baik adik, kak mimi, pearl dan emerald tak de luka ape²,, cuma lebam² kat badan dan kaki,, Syukur Alhamdulillah ~~

lebih kurang jam 2:30 pagi aku sampai HSA,, mak da kena jahit kat kelopak mata kiri dengan lidah,, yang lain luka² kat pipi kanan, hidung, dahi,, kaisah pulak kena jahit kat rahang pipi belah kiri,, panjang jugak,, kesian nyer diorang,,, semua dapat rawatan pesakit luar jek,, kira² jam 5 pagi semua da selesai,, kitorang semua balik ke uma abang kat Setia Tropika,, mak abah dok sana, senang nak ulang alik follow up ke hospital... 

 kesian nyer mak dengan abah

kaisah lepas kena jahit tanpa bius,,, aarrggghhhhh

pasal cina Mercedes tu aku tak tau cerita,, masa tengah sibuk² kat tempat kejadian tu dia da takde,, dengar nyer da pegi balai polis,,, bodoh,, bawak kete laju nak pegi mana ntah,, dia tak ape², orang lain yang cedera dan ada yang mati,,, menyusahkan betul,,, semua marah cina Mercedes tu, diorang cakap dia bawak memang laju,,, sekali lagi,, bodoh !!! tunggu la kat court nanti,, saman tetap saman.. ikut logik dia masuk jalan orang da salah kan, ni kan pulak melibatkan kematian... siap la ko...

ahad pagi esok nyer, aku teman abah pegi balai polis trafik caw. nusajaya kat gelang patah,,, abah nak wat report polis,,, sempat la aku snap gambar kereta² malam semalam tu..

 kete abah

 kemek belakang tu bekas abah langgar


menakutkan kan tengok Iswara tu,, mana tak mati cina tu,,, kemek terus kat bahagian pemandu,,, 

ari rabu aritu mak suro aku buat bubur putih bubur merah sebagai tanda syukur family semua selamat,,, dapat la aku bagi kat jiran² tetangga aku tu,,, 1st try,, jadi,, hihi


setakat hari ni jumaat 1.2.2013 mak abah kaisah da ok,,, alhamdulillah.. mak dan kaisah da bukak jahitan kat muka,, nampak elok jek,,, mak pun da sibuk nak balik uma kampung,,, ye la, ramai gak kengkawan mak yang col tanyer keadaan mak... lagipun Lia da bawak balik Viva dia kasi abah pakai buat sementara sampai kete siap repair... khamis nanti mak nak kena pegi HSA untuk bukak jahitan kat lidah pulak,, harap² mak tak trauma la,, mak da bole makan dan kunyah makanan... kalau tak sebelum ni makan bubur jek,,, mana la kenyang... 2 malam makan domino's pizza pun ok jek,,, alhamdulillah...

 mak da bole buka mata kiri da,, lebam pun da susut

panjang kan luka kat pipi tu

sape tak sayang mak abah family kita kan,, lagi kalau mak abah kita sakit,, menangis tu da tentu la kan,,, kalau bole nak mak abah kita sihat, takde sakit ape²,, tapi ape bole buat,, malang tak berbau,,, kita bawak kereta ok, orang lain pulak yang tak ok,, mangsa nyer kita,,, 

kat sini aku nak ucapkan terima kasih la bebanyak pada sedara mara,  kawan², orang ramai yang tolong mak abah masa kat tempat kejadian tu,, tolong col kan polis, col kan bomba, col kan ambulan semua... Tuhan saje dapat membalas nyer,,, terima kasih jugak pada sesiapa yang datang melawat mak abah kat uma bang aritu,,, Terima kasih jugak buat suami MRK yang faham dengan keadaan family aku yang dalam kesusahan,, izin kan aku jaga mak dan abah kat uma abang,,, terima kasih semua... untuk adik beradik jugak,,, kita sedang di duga oleh Allah swt... sabar k... 

semoga mak abah dan kaisah cepat sembuh dan dapat menjalankan kehidupan seharian seperti sediakala,, amin,,, 

da da ~~


**menitis air mata aku masa aku taip entry ni,,,  T_______T


Tiada ulasan:

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...