Rabu, 3 Oktober 2012

.:: Homemade | Sup Tulang Merah ::.


aku adalah peminat daging,, lagi² daging kambing,, lagi² gear box.. lagi² sup tulang merah... bila da minat kena la pandai masak,, nak beli je memang bengkok la.. bila masak sendiri dapat rasa nikmat nyer,, dan makan sampai menjilat jari,, huhu

so, arini aku nak share resepi sup tulang merah versi cincai,, hahahaha

Bahan² ( untuk 5 orang makan)

1kg tulang kambing 
1 senduk cili kering / cili boh 
2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 tin tomato puri - guna 3 sudu jek
3 sudu besar  sos cili
5 sudu besar sos tomato 
2 biji telur - di kocok guna garfu
2 sudu besar tepung gandum - dibancuh dengan anggaran 1/2 cawan air - x guna pun
2 sup bunjut tulang Adabi - guna 1 jek
Garam secukup rasa
3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
Sedikit minyak untuk menumis

oh ye,, kawan kat opis aku ni ada cakap, nak betul² kena letak rempah bone steak,, kalau takde rempah kari daging pun ok,, tapi aku tak letak..

Bahan Hiasan

Daun Sup

bahan² asas

 rebus gear box bersama halia..

 aku beli tetel sikit wat rasa²

 set masa rebus selama 2 jam 45 minit.. tapi 1 jam je da empuk,,

 lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia...

 tumis, tumis, tumis

agak² da masak rempah tu, masukkan air rebusan daging sikit, masukkan sos tomato, sos cili, tomato puree,,, jangan lupe garam dan gula... pastu masukkan tetel dan gear box,, reneh kan kejap,, kasi diorang mesra dan saling mengenal,, hikhik

 agak² rasa da ok, last sekali masukkan telur yang telah dikocok

 yeeeaahhhh,, da siap...

hias sikit,,, baru ada feel nak makan,, hukhuk


siap masak malam semalam,, tapi tak daya nak makan,, penat kot.. last² bawak bekal pegi keje.. MRK pun aku bekal kan menu yang sama... nyummm nyummm,, jemput makan semua dan selamat mencuba,,

da da ~~


3 ulasan:

Pupel Liyana berkata...

nak sikit! alamak kita tak makan tetel..

faiza erina berkata...

Pupel Liyana : bole bole,, makan tulang je la,, hikhik

yana Jasni berkata...

ermm senang jew barang nya.. boleh try ni

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...