Selasa, 5 Jun 2012

.:: Merentasi Sungai Muar | Best !!! ::.


muar,,, aku datang lagi.. huhuhu... bukan untuk bercuti tapi untuk bekerja.. tapi cuti gak la,, cuti dari buat keje uma,, ahakksss.. pegi tak lama,, 3H2M jek.. kali ni punye keje kita main kat kuala sungai,, main air la ni,, hihihi..

team kerja kali lain sikit sebab ada kenaikan pangkat,, tak kisah la,, yang penting kerjasama antara pasukan tu ada,, baru la bole buat keje,, 

sungai Muar dari tingkat 9 Hotel Traders

ape² kita sarapan dulu,,

pinggan ke-2 ku.. 

lepas sarapan tu terus pegi jeti,, kena pegi awal sebab air pasang,, kalau tak nanti bot tak leh lalu.. lagipun pagi tak panas,, dan alhamdulillah, perjalanan kami hari tu sungguh diredhai sebab awan menutup matahari,, reduppppp jekkk...

bot da ready..

perjalanan ke kuala² sungai bermula di Jeti Tanjung Mas,, kena pakai jaket keselamatan,,, sebab aku tak pandai berenang oooiiii,,,

huhu,, nebes,, nebes..

bismillah...

70 kuasa kuda x 2,, powerrrr,,, 

ni la kuala sungai,, ada pokok bakau,, ada lumpur..

 berhenti di tengah² selat sebab enjin masuk lumpur,, lepas tu ok..

 perjalanan diteruskan,, pegang jangan tak pegang..


ni bukan kali pertama aku naik bot,, zaman bercinta cintun dulu penah naik da,, upppsss,, pegi Pulau Besar kat Mersing,, sekurang² aku tak la J sangat..hahaha.. dan alhamdulillah aku tak de la mabok laut.. tapi kesian kat member 1 bot tu,, dia muntah² bagai sebab pening dangan bau minyak bot dan masa bot berenti kat tengah² Selat Melaka sebab enjin ada lumpur.. 

 aku dan Shamsiah

Hafiz dan Hj Latib



Shamsiah da nak muntah.. sian dia,, aku? steady jek dengan sunglass, hikhik

peace yawwww

lebih kurang jam 1130 am kitorang naik darat kat jeti parit jawa,, dan² terus makan,, spesial kat parit jawa ni asam pedas nya,, ape lagi,, makan pakai tangan la,, hihihi

simple je lauk nyer,,

part ni yang aku paling suke,, kepala ikan,, nyum nyum....

da siap makan, kitorang pegi lawat tapak lagi tapi kat belah darat la,, singgah kat tempat yang banyak monyet,,, Tanjung Ketapang...

sibuk nak amik gambar monyet..

orang suar kuning tu siap bawak pisang 1 guni khas untuk bagi makan kat monyet²,, 

tanpa menghiraukan arahan ini, hihihi


dulu kawasan ni semak,, tapi sekarang da nampak lapang..

*************

sebelah malam nyer pulak, kitaorang pegi makan kat Saba Awor,, kalau keje kat Muar, tak sah kalau aku tak makan kat sini,, so, aku pun sajes kan kawan² yang lain try makan kat sini.. ternyata diorang semua suke dan puas hati,, korang yang lain da cube..?

nilai untuk semua hidangan ni RM57 sahaja.. berbaloi-baloi..

****************************

hari terakhir di JPS Muar,, tengah sibuk bincangkan ape penemuan untuk dibentangkan pada boss JPS,, ye la, kan da naik bot segala,, mesti ada penemuan..


sedang mengutarakan idea,, ye ye jek aku, hahaha

on the way balik jb tu singgah kat RnR makan kejap nasi ambang yang orang JPS bekalkan..

selesai makan perjalanan pulang ke JB diteruskan,, cantik kan awan tue...

oh ye,, sebelum balik tu sempat kitaorang singgah beli kopi 434, diorang cakap kopi ni sedap,, ntah,, aku tak minum kopi, beli nak kasi orang jek,, hihi

 

 baca sendirik..

beli 2 jek,,,

orang JPS bagi ole-ole,,, terima kasih

siap ada beras segala,, orang da bagi kita amik je la,,

itu la antara cerita time outstation kat Muar aritu,, pengalaman yang tak akan aku lupa kan,, tengok, berapa susah kitorang staff Jabatan Audit nak melaporkan sesuatu laporan,, sanggup bertarung nyawa,, masuk hutan, rentas laut, panjat gunung,,, semua risiko atas diri sendiri.. hebat kan kami,, sebab tu kalau Audit datang jangan tak suka.. kitorang memang suka cari salah orang,,, hahahaha

da da ~

Tiada ulasan:

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...