Khamis, 1 Mac 2012

.:: Orang Kampung Dihukum Gantung !!! ::.


semalam, tengah syok-syok tengok bola Malaysia vs Filipina online kat tab, tetiba terperanjat bila berita tv3 sebut nama kampung kesayangan ku, Felda Simpang Waha... ape kes..?


khusyuk MRK tengok bola.. hihi

seri 1 sama... Malaysia dapat gol minit ke-90..


Ya Allah, dihukum gantung sampai mati, kes dadah... berderau gak dengar,, tengok-tengok anak tiri cik Jebat,, uma pun area-area uma mak... patut la kat FB pun da sibuk semua budak-budak kampung update status pasal si Akim ni,,, kesian kat family dia kan,,

aku tak la kenal sangat,, tapi dia ni memang terkenal kat kampung,, berapa kali da dia ni berurusan dengan polis.. hujung-hujung kena hukum gantung,, eeeee,, selisih amit-amit jabang baiek... 

 tenang je muka dia,, redha agaknyer.. pompuan belakang baju putih tu wife dia la kot...




muda lagi dia ni,, 31 tahun dan da kawin, anak pun da ada.. wife dia 1 sekolah dengan aku, tapi kelas lain.. nama glamor dia Bedah,, sape yang tak sempat ke tak tengok berita semalam, sempat gak aku petik dari berita tv3 semalam berkenaan dengan kes dia ni... jom baca... sikit je pun.. hihihi

++++++++++++++++++++++++

" Di Mahkamah Tinggi Johor Bahru seorang penganggur dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah di atas 2 pertuduhan mengedar dadah di sebuah tanah rancangan felda di Kota Tinggi, tahun lalu.

Hakim Dato' Abd Halim bin Aman menjatuhkan hukuman itu ke atas Hakim Manan, 31 tahun, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah. Tertuduh di dakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 558.48 gram di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, 8 pagi, 22 Mac 2011. Dia juga dituduh mengedar dadah jenis monoasetil morfin seberat 78.75 gram di tempat, masa dan tarikh sama. Tertuduh di dakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. "

++++++++++++++++++++++++

fuhhhhhh... sungguh menakutkan... bila la agaknyer tarikh hukuman tu akan dijalankan... pastu dia tau bila nak mati kan.. harap-harap sempat la dia taubat... sesungguhNya Allah itu Maha Pengampun.. Masya Allah..

tapi ape nak buat kan, da ketentuan Tuhan dia akan mati di tali gantung.... semoga semua ni menjadi pengajaran pada kita semua.. bukan susah nak senang dan senang je nak susah...

da da ~~


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tula balasan untuk dia kan erin..padahal dia tahu perbuatan dia tu salah...tp ape yg menyedihkan anak2 dia..nak berhadapan dgn masyarakat nti..

Tanpa Nama berkata...

ermmm,, tu la pasal... fikir singkat, tu dapat nyer..

Tanpa Nama berkata...

buat malu orang waha je... Hadoi...

Tanpa Nama berkata...

liat nyawa dak akim ni, kalo kne gantung mandatori, ad chance dy hdup lg, c0z ssah nk mati dy ni... Tp hkuman dh dsebut 'gantung sampai mati', n0 chance la br0...

Tanpa Nama berkata...

Atas pengalaman pernah bekerja ngan Jabatan Penjara, walaupun mahkamah dah jatuhkan hukuman gantung, tp still ada mahkamah rayuan,mahkamah persekutuan dan jemaah pengampunan negeri.. prosesnya memang bertahun. Jika gagal dapat pengampunan juga barulah akan dijalankan hukuman.Memang Akim ni terkenal ngan jahatnya.. Tp ketahuilah satu perkara, jika die tidak mendapat pengampunan dan dijatuhkan hukuman mati, sekurang-kurangnya die tahu bila tarikh dan waktu maut akan menjemputnya masih ada ruang untuk bertaubat.. tetapi kita? fikir-fikirkanlah..

Red Code 1982 berkata...

Mengikut pengalaman aku yg pernah berkhidmat dalam jabatan penjara. walaupun mahkamah telah jatuhkan hukuman gantung.Tetapi, pesalah masih ada 3 tempat untuk buat rayuan, iaitu Mahkamah rayuan, mahkamah rayuan persekutuan dan jemaah pengampunan negeri. Jika pesalah gagal merayu di ketiga-tiga tempat rayuan ini, barulah hukuman dijalankan. Proses rayuan ini mengambil masa bertahun. Walaupun akim nie memang jahat tetapi kita kena ingat jika die digantung die sudah tahu bila malaikat maut akan menjemputnya masih ada ruang untuk die bertaubat.Tetapi kita? renung-renungkan lah..

faiza erina berkata...

ye, betul tu Red Code 1982... bole mintak pengampunan time besday sultan nti kan,, klu nasib dia baik,, terlepas dari tali gantung..

semua ni pengajaran buat kita,, :)

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...