Isnin, 30 Januari 2012

.:: Dari Selatan ke Pantai Timur part 1 ::.

percutian keluarga sempena cuti raya cina yang sangat seronok,, kali ni bercuti bersama family MRK,, ibu dan bapa mertuaku termasuk la ipar duai ku,, ke mana kita..? ke kelantan deh.. hahahaha

keputusan untuk ke sana adalah dari bapa mertuaku,, mula-mula nak g cameron, tapi tak jadi.. alhamdulillah jugak la tak pegi cameron tu, dengar-dengar highway jem teruk,,, fuuhhhhh...

memandangkan perjalanan ke kelantan 1 perjalanan yang jauh dan tiada highway.. dengan bangga nyer aku pegi beli cikedis.. banyak giler aku beli,, hihihi


tak nak lemau.. masuk bekas...

saya suke tapawe,,, hihihi

perjalanan bermula pada hari sabtu (21hb) jam 8 malam,, aku, MRK, 2 adik MRK, Ecal dan Napi naik kete dengan kitorg dari JB,, mak, bak, Emi, Faizul dan Intan dari pengerang.. berjumpa di Mersing.. dan makan kat Kedai Air Buah Gelas Besar,,, pergghhh,, kedai ni aku tak nak pegi lagi,, servis lambat, makanan langsung tak sedap... 0 bintang ! 

time kol 11 mlm.. ngantokkk..

bapak mertua ku... rock sey,, yeah yeeaaahhhh

kuey tiaw tom yam... indah rupe dari rasa,,, weeekkkk...

berhenti untuk tukar driver,, jam 3 pagi...

adik beradik MRK,, semua lelaki ok...

ada i-city jugak,, hihihi

ngantok jangan cakap la kan,, dari kuantan ke terengganu aku yang drive,, ye la MRK da drive dari JB.. kasi MRK tido, nanti tukar balik,,, dan semua-semua nyer tido la,, aku layan la radio yang kejap-kejap cina, kejap-kejap india tu,,

jam 7 pagi sarapan,, kat mana ntah... jenis nampak kedai terus berenti,, macam biasa la sarapan kat pantai timur ni kompom nasi dagang...



lepas makan, perjalanaan diteruskan lagi,, belek punyer belek map nak sampai ke Kelantan ni masih ada lagi 1 jam setengah,, wahhh... jauh lagi,, skrg MRK pulak yang drive,, makcik nak tidooooo,, zzZzzzzz

nasib ada tab,, tak la sesat sangat,,hihihi


sampai kota bahru,, makkk aaiii,, jem giler,, 2 jam da kete kooo,,, ape pun tak bole,,,

MRK tengah tengok map,,, tak tau nak ke mana,, jem punyer pasal

hujung-hujung lepak kedai makan Mohammad Lee Hainam Chicken Rice,, rasanyer kedai ni baru bukak,, ramai orang, penuh,, nasi ayam nyer pun ok la,, style cina kan,, 


time makan kena fokus...

aku yang kepenatan ~~

da siap makan masa untuk check in hotel,, tak kisah la hotel yang mana, yang penting badan da lepak drive semalaman kan.. pusing-pusing jumpa Hotel Sabrina Court,, 

terbaaeeekkk ke..? tak pung...

haiii,, lambat nyer kaunter ni nak bagi kunci bilik...

buat lobby hotel ni macam sendirik,,,

borak dengan mak mertua dan intan..

kami si selipo biru... hihihi

selesai cerita sepanjang perjalanan kami 2 buah kereta seramai 9 orang menuju ke kelantan,, penat yang amat tapi ni semua pengalaman.. sambungan cerita ape kami buat kat kelantan ni ada kat part 2 dan mungkin da part 3,, nak tau tunggu la entry selepas ni, yek... hihihi

da da ~~




.:: MRK Artis..? ::.


ini semua kebetulan... hihihi


nama sama >> HAFIZ << ,, rambut pun sama  >> KERINTING <<

tapi dengan si JOHAN ni pun ada sama nyer jugak..

sama tang rambut dengan lawak nyer,, hihihi

pendek kata MRK ni artis la,, hahahaha

** perasan **

da da ~~





Jumaat, 27 Januari 2012

.:: Da Renew Ke...? ::.

ermmm,,, ce korang bukak purse ke wallet ** yg mahal tu ** tengok lesen memandu korang,, da expired ke belum..? mesti ada yang da expired kan,, apasal leh lupa ni.. ape yang korang ingat,,,? eh, yang aku ni nak marah apesal pulak,, lantak korang la kan,, hahahaha.. takde la,, sharing is caring wat.. :)

sebenarnya aku pun hari tu nyaris-nyaris terlupa nak renew lesen memandu ni,, ye la setahun sekali mana nak ingat tarikh tu,, lebih baik ingat tarikh yang spesial kan,, contoh nya tarikh suami beli kan gelang ke tarikh beli handbag baru ke kan,, huhuhu

oleh kerana masalah terlupa ni la kan,  pada November 2011 Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh kahir seseorang pemegang lesen... 

sambung lagi... inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif... 

tuuuuu diaaaaa... bagus kan keputusan ni,, aku sangat-sangat bersetuju,, lepas ni kompom akan ingat,, hari besday adalah hari untuk renew lesen memandu jugak,, hihihi


Disember lepas aku mintak tolong PAP renew kan lesen memandu aku,, wahh, dengan bangga nya aku bagi dia RM50,, dengan harapan ada balance la nanti... tup-tup da siap dia bagi balik RM3 jek,, belek punyer belek,, kena renew sampai 2013,,  lari bajet makcik aritu,, huahuahua... caner ntah diorang kira,, malas aku nak fikir,, hihihi


tapi kan, kalau malas nak pegi pejabat pos, sekarang da bole renew online kt myEG,, aku tak penah la try.. ingat nanti 2013 aku nak try la,, senang kan,, semua nyer da online.. dan mungkin takde kot caj RM2 yang selalu kena bayar kat pejabat pos tu kan... tapi caj penghantaran mungkin ada so, kena la bayo mak cik oiiii.. 


kat myeg tu bukan setakat renew lesen, renew roadtax pun ada,, caya la.. malaysia da maju seyy,, hihi


korang da penah buat ke kat myEG tu..? kalau tak keberatan share la dengan aku yang sesungguhnya tak tau ni,, hihihi


da da ~~




Khamis, 26 Januari 2012

.:: Because We Care ::.


arini aku nak share sikit pasal Tesco,, korang suke ke gi Tesco,, korang pegi sebab nak jalan-jalan atau nak belanja barang uma..? kalau aku pegi Tesco, balik kompom bawak beg plastik Tesco, kecuali ari sabtu la sebab hari tanpa plastik kan,, hihihi

tak tau macama mane Tesco bole menjadi pilihan bulanan aku untuk belanja barang dapur.. mungkin dulu aku suke g Giant,, da tu tetiba g Tesco,, harga jauh berbeza sampai RM2.. rugi oooo...

tak kira la pegi nek kete ke nek motor,, jadi je la kami berdua ni,, hihihi,, Tesco pilihan samada Bukit Indah @ Tebrau...

setelah lebih kurang 2 tahun aku berbelanja di Tesco dengan meng'apply' kad Tesco yang pada mulanya saje-saje jek.. sebab free tu yang aku apply,, bole gitu..? hihihi


belanja punyer belanja, akhir nya aku dapat surat dari Tesco,,, ala,, spoil la surat ni,, nama aku teruk di eja nya,, ingat aku erma fatima ape..? mengong !

agaknya huruf 'N' kat keyboard diorang rosak kot kan,, hahahaha

ehh, aku dapat diskaun tunai la,, rasa nye da 3 kali aku dapat, tapi tak banyak macam korang kan,, mula-mula RM1.50, da redeem da,, yang ke-2 dan ke-3 ni RM3.00 dengan RM2.00,, aku belanja sebulan tu tak la banyak mana pun,, lebih kurang RM100 ke RM120...



bukan tu je tau,, dapat gak diskaun kalau kita beli barangan terpilih,, pun ada kupon nyer.. 20 sen, 50 sen,, jadi la kan dari takde,, hihihi


tapi baucar ni da expired,, tak perasan ko,, sebab tak baca sampai abis,, isshhh,, rugi sangat !

ha,, ni 1 lagi part yg syok kat Tesco ni,, ada la 1 aritu kitorang pegi Tesco da nak kol 10 malam,, lalu la kat tempat jual-jual makanan siap masak,, ramai nyer orang,, rupe-rupenya ada lelong makanan.. harga dari RM2.50 jadi 70 sen,, sape tak nak kan,, jom serbuuuuu,, hihihi




label kuning tu la harga untuk dibayar,, murah kan... errmmm,, murah murah murah,, :)


dan dan terus tarik kusi makan sampai lebam, hahahaha

santai jek...

time ni g Tesco naik motor jek,, beg berat macam nak hapeee,, hihihi

amacam..? teruja tak..? kalau tak takpe la kan,, hihi,, mana la tau kan korang masih tercari-cari tempat untuk soping barang dapur kan,,, untuk keterangan lanjut lawat jek web Tesco ni,, katalog online pun ada,, hihi

da da ~~




Jumaat, 20 Januari 2012

.:: Konvokesyen Poli PD Ke-12 ::.

kenangan lama mengusik jiwa kembali,, hihihi,, kali ini mood post entry pasal masa study dulu,, da tengok da entry gambar kelas dengan time buat rombongan cik kiah ke Putrajaya,? tak la tu,, sebab baru je follow blog i kan..hihi,, 

rasa nya ni la sekali dalam seumur hidup aku dapat pakai jubah time konvokesyen,, mood nak futher study da mati da dalam jiwa nurani ni,, dalam erti kata lain... M A L A S !!! full stop ~ hihihi

7.4.2004,, wahhh,, 8 tahun yang lalu.. time tu single, kurus, baru berjinak-jinak bekerja, gaji ciput sedut, barang semua murah,, hahaha,, macam-macam lagi la.. seronok bila dapat surat panggil untuk hadir majlis konvo,, semestinya tak sabo nak jumpa kengkawan.. ye la,, abis study 2003,, konvo 2004,, setahun terpisah,, lepas konvo ntah jumpa lagi ntah tidak kan.. 

time ni reheasal.. kurus kan i,,, kekekeke

time tu pegi mak abah yang anto.. dan time tu adik aku (LIA) masih tak abis study lagi kat poli... kira melawat dia pun ye jugak,, hihihi... reheasal sebelah pagi 6.4.2004,, sekejap tak sekejap sangat la,, pastu amik jubah,, dulu tak dapat topi sebab diploma jek,, tapi sekarang sijil pun dapat topi,, syok r dapat amik gambar pastu baling topi... nggeelatt..

ramai gak la graduan yang sekali konvo dengan aku.. masa induksi dulu sama-sama, time konvo pun sama-sama,, congratulation semua,,, hahaha,, walaupun da 8 tahun berlalu tapi rasa macam semalam je jadi...

hari yang dinanti telah pun tiba,, berkumpul di dewan kuliah 1... ni dengan bes pren den,, Zaliza,, orang nogori..

semua graduan diwajibkan untuk memakai serba putih,, termasuk la kasut,, canteeekkk takkk..?hihihi... baju dan kasut tu wujud lagi sampai sekarang,, muat lagi ke..? nggeee

wif ainor senior 1 sem,, kat mana tah dia sekarang...

ni dengan geng 1 kelas,, rindu korang semua,,,


semua da ada fb,, so masih keep in touch lagi sampai sekarang,, ada la 2 3 orang yangg terus lost kontek,,

kat dalam dewan,, time ni duduk ikut abjab,, dapat duduk sebelah si Haspanizah ni,,, hihihi

yeaahh,, da naik pentas dan da dapat da Diploma,, hahahaha...1st time pakai kontek lens,, wane gray lagi,, korang haderrr..? hahahaha.. oopss abaikan jerawat di muka ku itu,, hihihi

bersama family,, dulu aku kurus, Lia gemok,, sekarang da terbalik da,, hahahahaha

 
 mak kurus abah gemok,, hahahaha

seibu sebapa...

dengan family angkat dari Kuala Kangsar, Perak,, rindu kat opah..

 ooppsss,,, kurus giler ko Ozari time ni,, putus cinta ke..?hahaha..

dengan budak-budak sivil,,, 

antara member marketing,, ena dan peah... kawan 1 umah, 1 blok asrama, susah senang bersama,, hihihi,, miss uolsss

aku dapat bunga beso,, korang haderrr..?? hahahaha

intan,, memang tak kan lost kontek dengan minah ni,, belajo sama kelas keje pun sama pejabat,, hahahaha.. muka penat da ni,, da petang tapi still nak begambo,,, giler gambo.. kekeke


alhamdulillah, semua da selesai sebahagian perjalanan hidup ku sebagai seorang remaja... belajar 3 tahun lulus dan dapat diploma, dok jauh dengan family ni duit memainkan peranan yang SANGAT penting.. banyak pahit getir masa belajar dulu, makan tapi tak mewah (tu yang kurus tu,, hihi), kejo bas 'chin wah' nak balik asrama, fly, cinta monyet, jadi AJK untuk majlis pelajar, dapat biasiswa JPA (i takde hutang u) eeee,, macam-macam.. seronok,, fikir belajo jek,, exam wajib lulus... CGPA,,? cukup makan,,triple 3.. 3.33 jek,,

nak beza kan dengan sekarang memang banyak beza... tanggungjawab da beso.. suami, keje, rumahtangga, keluarga dan mertua, keadaan sekeliling,,hihi,, kehidupan di alam dewasa juga penuh dengan cabaran nyer ~~

da da ~~




~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...