Jumaat, 30 Disember 2011

.:: kalendar 2012 ::.


tak bape hari je lagi kita nak tinggal kan tahun 2011 ni kan,, rasa sekejap je,, pejam celik pejam celik da abis setahun.. kalau pejam tak celik-celik,, tu da lain da,, hanya Tuhan yang tau,, kekeke

cakap pasal tahun baru ni,, aku sangat-sangat nak kan kalendar,, bole tengok cuti-cuti umum, cuti hol, lagi-lagi cuti raya.. hihi,, kena tengok la wey,, senang nak manage masa.. dan buat plan nak pegi cuti-cuti m'sia ke kan.. **walaupun tak penah pegi bercuti, plan je banyak.. huhu**

minggu lepas kat opis aku da dapat kalendar meja,, tahun ni warne hijau tahun depan warne pink-pink pepel,, ehh,,, tetiba warne kegemeran bertukar ke warne kalendar yang baru tu pulak.. hihi

2011,, banyak kenangan pahit manis dalam ni,,

2012,, ready untuk digunakan

aku tamak sikit,, kat work station ada banyak kalendar,, salah 1 nyer yang ni,, 

aritu masa g beli kain ela kat Gulati's Angsana dapat gak kalendar.. tak sangka pun nak dapat sebab harga belian cuma RM30 jek.. 


dan yang pastinya aku dapat 3 kalendar dari Ariani,, beli tudung dulu baru leh dapat kalendar,, beli sekali dapat 1, beli 3x dapat la 3, hahahaha,,


tapi kan, sebenar nya aku leh suka kat 1 kalendar ni,, dari kecik sampai beso aku selalu tengok kalendar ni... nombor nya besar-besar, kalau cuti sekolah warne kuning, segala cuti semua ditulis.. kalendar ape..?? kalendar kuda la jawapan nya,, hahahaha,,, 

aku rasa rata-rata kat uma mak bapak kita pun masih guna kalendar kuda ni kan,, kenapa nama dia kalendar kuda..? aku tengok banyak je kuda kat hari sabtu dengan ahad,, tu yang nama nya kalendar kuda kot,, huhu



adalah aku dapat 1 kalendar kuda ni aritu pas beli barang,, beli barang ape eak..? jeng jeng jeng,, ce teka  ce teka,,, sape dapat jawab aku bagi hadiah,, hihihi

da da ~~


Tiada ulasan:

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...