Khamis, 17 November 2011

.:: sambil sambil menyambil ::.


diam tak diam malam ni malam terakhir tidur kat hotel Crystal Inn ni,, sok da nak balik JB da,,bermula la kembali tugas sebagai isteri,, urus rumahtangga dan suami,, kena bangun pagi, masak breakfast, keje, kemas uma, masak dan lain-lain... errmmmm

so,, da malam ni terakhir ni nak abiskan masa jalan-jalan.. lepas maghrib tadi aku dengan boss - Cik Laila -  g Summit Parade,, berhujan kami g SP,, belakang hotel je pun,, tahun lepas pegi gak... tu yang tau tu.. hihi..

saje jalan-jalan.. dan nak makan,, makan tom yam Thailand,, pun penah makan gak masa g wedding Adda tahun lepas... rupe nyer Cik Laila pun suke makan,, canteeeekk la tueee,, hihi

 tu la boss saya,, comel kn dia,, hihihi

 standby nak makan.. harap-harap tak pedas cam dulu,,,

air da ready da,, beli kat cool blog tadi,, hihi

alhamdulillah,, tak pedas sangat pun tom yam kali ni,, dapat la aku abis kan sampai licin.. lupe nak snap gambar.. sibuk mengumpat berborak,,hahaha... siap makan aku singgah kefci jap,, beli omel-omelan untuk tengok bola nanti...M'sia Vs Indonesia.. harap-harap menang la kan team kita... aku sokong dari jauh jek,, 


snack box jek,, air tu free sebab kena tunggu.. tak abis bawak balik la,, rugi kalau tinggal.. ice lemon tea tau,, hihi

kentang dengan ayam original seketul jek..cukup la kan,, selera tajam ! kekeke

oh,, cakap sok nak balik kan,, tapi aku tak packing lagi baju masuk beg.. tunggang langgang baju suar kat katil tu,, malas nak susun,, biasa nya pegi muat balik tak muat,, bukan beli ape pun.. hihi


banyak pulak aku membebel malam-malam ni kan,, update blog sambil tengok bola sambil makan kefci sambil kemas beg,, sambil menyambil nama nyer,, hahaha

sambil-sambil tu sempat gak tadi col MRK,, tapi tak dapat cakap, MRK tertinggal henpon kat kedai shisha,, MRK balik uma jap amik flavour,,, tak pe,, takpe,,sok da dapat jumpe,, hihihihi

da da ~~





Tiada ulasan:

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...