Isnin, 31 Oktober 2011

.:: jom celebrate besday ::.

macam biasa,, celebrate besday mesti g makan,, makan kat tempat yang memang kami tak penah makan,, penah tengok, penah dengar citer,, cuba,,? baru nak cuba la ni,, kitorg makan kt The Manhattan Fish Market, JuscoTebrau..

cik,, lampu signboard tu betul² kan lah,, 


sila cari ikan ape yang digunakan,,,

ni semua gara-gara Groupon Malaysia,, ada promotion 50% untuk menu pilihan kt TMFM ni,, dan aku pun gatal g beli,, tapi sebelum tu opismate pun da beli,, pastu aku beli lagi,, tamak kan,, kekeke.. ala murah,, sekali sekala je,,

celebrate versi suami isteri,, so kek tak la 1 kg punyer,, beli yang kecik jek,, tak abis rugi.. beli kt SDS jek,, kek tiramisu,,, peveret aku,, nyum,, nyum,,,

  ta daaaa,,, 

 cik mek molek jek...

 cepat nyanyi kan lagu besday,,, 1 2 3,, nyanyi ~~~

 muka ghairah potong kek,, hahaha

semoga semua impian ku tercapai.. amin ~

 ni starter,, cendawan goreng,, nama omputih nyer ape ntah..

 ape yang dibakar tu..? 

berapi sey..

 ok,, ni nama nya Small Flame Platter.. MRK punyer.. yang dibakar tadi tu udang nya,, hitam da.. hihi

 yang ni aku punyer,, Mediterranean Baked Fish

 jemput makan semua,,,



 terima kasih utk staff TMFM,, tolong amikkan gambar kami..

perut kenyang lepak sat kasi makanan turun,,

peace yo !

kesimpulan makan kt TMFM ni aku bagi 5 bintang,, sedap dan sedap,, MRK pun kata sedap sampai tanyer macam mane aku bole nak makan kst situ... hihi.. saje nak cuba,, tak cuba tak tau sedap kan,, 

sape yang suka makan ikan tu bole la cuba,, aku ada 1 kupon lagi untuk diredeem.. tak sabo rasanye nak makan lagi menatang ni,, kekekeke

simple je kan kami celebrate besday,,, ni versi berdua,, versi bersama family blom lagi, tunggu cukup korem baru bole on... bila..? ntah,, 

da da ~~ 

Sabtu, 29 Oktober 2011

.:: hepi besday to me ::.

panjang umur ku
panjang umur ku
panjang umur ku serta mulia
serta mulia, serta mulia ~~

alhamdulillah,, bertambah setahun lagi umur ku.. tahun yang terakhir untuk angka 2,, tahun depan da angka 3,,,  aku harap aku akan lebih matang dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang anak, seorang isteri, seorang pekerja dan insyaAllah seorang ibu... 

aku rasa dalam meniti detik-detik ulang tahun kali ni, banyak sangat dugaan yang aku tempuhi.. aku rasa sangat-sangat tercabar dengan dugaan itu namun aku redha,, walaupun sakit aku telan,, sumpah aku tak bole lupe.. sampai bila-bila,, ia cukup memberi kesan pada diri ku...

oh tuhan, aku bersyukur kerana aku masih lagi bernafas sehingga ke saat ini,, dapat lagi aku meneruskan tanggungjawab ku terhadap Mu sebagai seorang hamba yang taat akan perintah Penciptanya... 

untuk suami yang sangat-sangat disayangi, Mohd Hafiz, terima kasih sayang kerana sentiasa mendidik, mendorong, memberi nasihat dan tunjuk ajar agar aku menjadi isteri yang sempurna,, sesungguhnya aku amat menyanyangimu... maaf jika ada kekurangan selama kita hidup berdua,,

tak lupa jugak kepada kedua-dua belah keluarga,,kawan-kawan dan yang baca entry ni, terima kasih di atas ucapan hari lahir dan kamu semua ada di dalam hati ini..

so,, selamat hari lahir untuk diri sendiri,, 

 semoga kegembiraan ini kekal untuk selama-lamanya... amin

da da ~~


Jumaat, 28 Oktober 2011

.:: yang lama tukar baru ::.

kalau bole semua barang-barang yang lama nak ditukar baru,, setuju tak..? tak kisah la baju ke, hp ke, kasut ke, suar kecik ke,, asal kan tak kena ape-ape bayaran... suka kan,, suka kan,, hihi

tapi kadang-kadang yang lama ni value dia lebih tinggi,, sebab da rare untuk sape yang tak de,, kan kan kan...

sebenar nya nak cite yang petang tadi aku g tukar kad ATM Bank Islam,,BERTUKAR.... ! hihihi... dari kad ATM biasa menjadi debit kad.. amboi,, nampak nya makin senang aku nak membeli belah kayu ni,,,hahahaha,, takde kena mengena kan dengan statement kat atas tu,, kena caj RM10 ada la,,

cara-cara nak tukar kad senang jek.. mula-mula jumpe customer service BI.. cakap nak tukar kad ATM,, nanti dia akan isi kan borang dan akan mintak IC dan kad ATM BI... pastu tu sign borang dan amik no. untuk proses kat kaunter pulak...

 muka surat 1

 muka surat 2,,, tu gambar ic tahun 2002,,, nampak yang bertanda pepel tu,, ape lagi wish la,, hahahahaha

bila no. da naik serah je borang kat kakak/abang kaunter.. tunggu kejap nanti akan dipanggil.. pastu da dapat da kad ATM/Debit Kad yang baru,,, cantik tu,, warna biru..yang lama putih belang merah..


  da tu try la guna kat ATM,, bole ke tak,,

oh ye,, harus di ingat yang ni hanya debit kad bukan kredit kad, kalau nak guna kena pasti kan baki duit dalam bank ada,, dan had untuk berbelanja adalah RM500 sahaja,, kalau nak lebih bole,, call no. yang ada kat belakang kad tu untuk dibuka kan had berbelanja.. 

amacam,, senang dan mudah kan..? ni salah 1 cara nak elakkan kita bawak duit banyak time soping.. jangan tulis no. pin kad belakang sudah la,, kalau cicir,, duit pun cair,,

da da ~~

.:: kereta rosak ::.

malang tak berbau,, aku memang setuju... sebab tetiba je masa nak balik keje semalam, kete rosak.. start tapi tak nak hidup... nak kata bateri kong, aku baru tukar,, tak sampai 6 bulan lagi.. dan kebetulan handphone ku  canggih tu tetinggal kat uma,, dah tu hari hujan... ish ish ish,,, ape nasib ea.. da jatuh ditimpa duit tangga.

MRK..? aku call tapi tutup,, yang no. seberang tu langung aku tak ingat..nasib baik la ada adik punyer member yang sanggup hantar aku blik uma,, kete aku tinggal,, tak kan nak masuk bonet pulak kan.. hihi.. 

sampai uma MRK da ada,, aku terus buat aduan rakyat... MRK terus call member dia yang memang keje mekanik,, iaitu Mr Jawe... 

da tu MRK terus ke tempat kejadian dengan Jawe tu dan yang rosak rupe-rupenya 'fuel pump'.. patut masa start minyak macam tak naik... kos pembaikan RM200 beserta upah.. murah ke mahal ke mana aku tau,, MRK yang bayo.. tapi tak buat semalam sebab da malam.. so, pagi tadi baru Jawe betul kan..

hahaha,, dengan gembira hati arini aku g keje MRK anto,, merempit versi berbaju kurung,, kekekeke.. sempat pulak tu kitorang sarapan berdua kat Azmi Corner... 

 sampai dalam kol 9 pagi

 MRK tengah study jadual keje,,,

 roti arab utk MRK,, roti telur utk aku...

da siap sarapan MRK anto kt opis,, dan aku pun memulakan keje dengan rasa yang suam-suam kuku,, ari jumaat la kata kan.. hihihi


dalam kol 11 lebih tengahari tadi Jawe call cakap kete da siap,, Alhamdulillah,, setel 1 masalah... harap-harap lepas ni jangan la kete buat hal lagi... macam tau-tau jek yang tuan dia ni errrrmmmm,,, tak mo cakap la,, hihihi,, malu !

da da ~~


Khamis, 27 Oktober 2011

.:: laksa penang masak sendiri ::.




sangat-sangat nak makan laksa penang ni,, sebab masa otw balik dari sepang ahad lepas konon nak makan kat hentian pagoh,, tapi hampa,, tak de kedai yang jual menatang ni.. mee rebus je banyak..

di fikir-fikir,, baik aku buat sendiri,, bukan nyer tak pandai buat pun,, dulu mak da ajo,, jom tengok resepi nya..

Kuah Laksa (5 orang makan)

6 ekor ikan selayang (ikan kembung pun bole)
10 tangkai cili kering
1 labu bawang putih
Belacan ( 100-150 gram)
Daun kesum
Bunga kantan 3 batang
Garam

Hiasan

Timun dihiris (jangan amik biji nya)
Bawang besar dihiris
2 tangkai lada merah dihiris
Limau kasturi - untuk tambah masam

Cara-cara buat kuah
  1. Ikan tadi disiang, dibasuh dan direbus,, time rebus tu aku masukkan sikit garam.. buat ada rasa-rasa sikit.
  2. Bila da didih, angkat dan toskan. Air rebusan jangan buang tau
  3. Asingkan isi ikan dengan tulang.
  4. Blender isi ikan tadi dengan bawang putih, belacan dan cili kering.
  5. Air rebusan ikan tadi dimasukkan dalam peruik dan tuang kan bahan-bahan yang telah diblender dalam periuk tu.. 
  6. Pastu masukkan bunga kantan dan asam keping serta sedikit garam saje sebab air rebusan ikan tadi da ada garam.
  7. Adjust kepekatan kuah mengikut suka hati anda. 
  8. Didhkan kuah laksa sehingga mencapai rasa yang anda ingini
  9. Oppsss, jangan lupe rebus mee laksa atau beli je yang segera.. hihihi

Amacam..? senang kan.. selamat mencuba.. 

da da ~~



.:: ariani buat sales lagi ::.




wah,, baru jengok-jengok wall Facebook Ariani, tetiba ada poster sales,, tepanjat boboi,, hikhik

memang kena pada time nyer la kan..da dekat nak raya Haji,, raya Deepavali da lepas da,, hihihi

yang best nyer ada tambahan % bagi tudung ekslusif untuk pemegang kad ariani.. double best ni..

jadi nya sekarang ni tengah dok fikir warne ape nak beli, nak beli berapa banyak dan duit ada ke tidak,,, hahaha

selamat membeli belah semua..

da da ~~


.:: jom manja kan diri ::.


stress..? penat..? letih..? mahu kan kelegaan..? jom g spa... hihihi


tapi spa ni jauh sikit,, kt Muar.. kt dalam hotel Muar Traders,, nama nyer Apple Spa... free tau,, free kalau uolss tido kat hotel tu la yek,,, hihihi.. aku dapat semua ni pun atas urusan kerja kt Muar aritu.. kalau tak memang tak la.. 

ape yang free,,? ala,, Sauna, Steam dan Jacuzzi sahaja,, nak yang lain kena bayar yek,, hihi

free 

yang ni bayar yek..

kaunter kat pintu masuk spa...

dari kaunter pandang kiri akan nampak gambar ni,,,

bila da check in,, kaunter akan bagi kunci pintu besi loker untuk kita simpan barang dan baju kita,,

kena timbang dulu sebelum nak start buat sauna ke steam ke jacuzzi ke,, sebab orang kata benda-benda tu semua leh turun kan berat badan kita,,,

haaa,, ni la bilik sauna,, cantik kan,, tapi bila da masuk rasa sangat panas,,, aadeeeehhhh

agak-agak da setengah jam dok dalam bilik sauna tu,, da bole kuar da,, pastu kita turun kan suhu badan yang da panas tadi kt bilik steam pulak,,, nyaman ~~

errmm,,, lepas da turun suhu badan tu,, baru leh santai-santai kat jacuzzi pulak... tengok dari luar je da rasa macam nak terjun jek,, jom tengok dalam nyer pulak,,

wahh,, bergelora kolam ni,, celup kaki sikit air nya suam...berendam sambil tengok tv.. sangat-sangat superB !

air dari atas,, cukup lain dari yang lain,, best nyer kalau kat uma ada macam ni,, asik keje nak mandi wajib aje la,, kekekeke

aku buat ketiga-tiga pakej tu tak lama,, tak tahan panas la,, hihi,, da tu aku round la 1 spa ni tengok ape yang ada,, kelas ke tak..

tempat urut badan kot,,,

yang ni tempat tido urut jugak kot...




da puas pusing-pusing,, moh la kita tukar baju,, sejuk da ni,,, gegel ko,,,

bilik untuk bilas mandi..

sekali lagi aku teruja,, air dari atas,, macam air hujan,, kat bilik tak de tau,,

tempat bersolek-solek...

ok,, da siap mandi,, jom balik bilik aku !

ooppsss, sebelum tu kita minum dulu..

kuih pun ada,,

minum sambil tengok tv...

amacam,,? seronok tak..? mesti la kan, sekurang-kurangnya release sikit tension ke sakit badan ke kan..

tapi kat JB ni aku pun selalu release tension.. kt mane..? tunggu entry selanjutnya yek..

da da ~~


~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...