Jumaat, 24 September 2010

.:: suami berDIET ::.

selamat malam...

MRK dalam pantang...pantang untuk makan nasi...sebab beliau dalam diet,,mm, kira sihat gak cara MRK berdiet ni...hehehe

agak2 ape ea makanan harian MRK bile berDIET...??? MRK cuma makan spagetti rebus+lada hitam sikit+lada putih sikit+hotdog+telur rebus+brokoli...macam best kan,,tp bila da tiap2 hari dok makan benda yang sama jek, mau tak boring kn,,kira JEMU jugak la..

khas utk santapan sang suami

ooppss tak lupe jugak..epal hijau..dulu kalau suro makan,, mmg tak la..skrg..1 ari 2 biji..pagi 1 malam 1...
tp try kita tgk ape keistimewaan epal hijua ni,,jom ~~

 
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih2 lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksik dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Psssst..selalu gak makan epal hijau..sekurang-kurangnya boleh turun kolesterol..baik amalkan!!
 
==========================================================================================


MRK start diet kira2 19hb aritu (Ahad). ye la, tiap2 malam da pergi gym kt larkin tu..da bayar da pun yuran kalau tak silap RM200 katanyer...tp klu makan tak jaga, tak guna jugak...mmm, tapi tu la,,bila da tak masak lauk pauk, kita pun rasa takde mood nk makan...tak syok, kita masak, kita makan,,sorang2 pulak tu...

kadang2 kesian tgk MRK makan menu utama tu,,,tp sebagai isteri, aku perlu memberi semangat agar usaha MRK tidak sia2...

SAYANG, SAYA DOAKAN SEMOGA AWAK BERJAYA !!! TERUSKAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI INI ~~
I LOVE U ~~

apa2 pun, meh kita share ape itu diet yang sebenarnyer

da da ~~

Tiada ulasan:

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...