Jumaat, 24 September 2010

.:: suami berDIET ::.

selamat malam...

MRK dalam pantang...pantang untuk makan nasi...sebab beliau dalam diet,,mm, kira sihat gak cara MRK berdiet ni...hehehe

agak2 ape ea makanan harian MRK bile berDIET...??? MRK cuma makan spagetti rebus+lada hitam sikit+lada putih sikit+hotdog+telur rebus+brokoli...macam best kan,,tp bila da tiap2 hari dok makan benda yang sama jek, mau tak boring kn,,kira JEMU jugak la..

khas utk santapan sang suami

ooppss tak lupe jugak..epal hijau..dulu kalau suro makan,, mmg tak la..skrg..1 ari 2 biji..pagi 1 malam 1...
tp try kita tgk ape keistimewaan epal hijua ni,,jom ~~

 
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih2 lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksik dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Psssst..selalu gak makan epal hijau..sekurang-kurangnya boleh turun kolesterol..baik amalkan!!
 
==========================================================================================


MRK start diet kira2 19hb aritu (Ahad). ye la, tiap2 malam da pergi gym kt larkin tu..da bayar da pun yuran kalau tak silap RM200 katanyer...tp klu makan tak jaga, tak guna jugak...mmm, tapi tu la,,bila da tak masak lauk pauk, kita pun rasa takde mood nk makan...tak syok, kita masak, kita makan,,sorang2 pulak tu...

kadang2 kesian tgk MRK makan menu utama tu,,,tp sebagai isteri, aku perlu memberi semangat agar usaha MRK tidak sia2...

SAYANG, SAYA DOAKAN SEMOGA AWAK BERJAYA !!! TERUSKAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI INI ~~
I LOVE U ~~

apa2 pun, meh kita share ape itu diet yang sebenarnyer

da da ~~

.:: holiday @ kl - 3rd day ::.

Hari : Isnin
Jam  : 11 pagi - 2.30 pagi
Tarikh  : 9hb Ogos 2010
Lokasi  : Kg. Baru, Nilai, Melaka

balik semalam da la lambat...so bangun pagi pun mesti la lambat..hehehe..lagipun arini org MALAYSIA keje..kami SINGAPOREAN ni cuti cz arini NATIONAL DAY FOR SINGAPORE...poyo jek..hehehehe

sementara ada kt putrajaya ni, ada la peluang nk jmpe ex-officemate kt cawangan Audit JPM tu..tapi ape kn daya, mereka semua takde kat opis,,kak jah & ambiga ada kursus kt akademi, tim, kak fida & adli kt intan, bukit kiara,,,mmm,,takde rezeki nk reunion jmpe mereka2 itu ~~ 

biasala klu bangun tido mesti lapar kan,,nk di jadikan cerita, si apis ni nak sangat makan kt HR Steak House kt kg baru tu,,,wah...klu situ aku pun mmg nk mkn sgt,,murah, banyak, sedap, mantap !!! so dgn konfidennyer kami semua bersiap2..tp ape kan daya, kedai blom buka lagi..diorg start niaga jam 5 petang...YA ALLAH, hampa nyer,,lain kali la yek.. =(  

** tgk gambar kedai je la yek ~~

 HR Steak House, No. 56, Jalan Raja Alang, 
Kampung Baru, Kuala Lumpur

dengan hati yang hampa, kami semua bergerak pulang ke JB...tp sebelum tu, kami mkn dulu kt sebelah HR Steak House tu,,nasi padang jek,,,

laluan balik ke jb kitorg ikut nilai...ye la, bole kurangkan sikit bayaran tol nanti...lagipun MRK bole la bercerita pasal kerja dia dulu,,dulu kn MRK keje area2 nilai, salak tinggi,,mengimbau kenangan la tue...
tiba2 kami ternampak cafe ~~ ICE ROOM...mmg sedap...cafe bertema kan hijau dan putih..ada aircond, ada wifi,,,bole rilkes2,,santai2 cam kt tepi laut.. hehehe... 

just nice la klu nk lepaking kt sini,,tp kena order la, jangan duduk jek,,,mcm jenis perisa ice cream ada,,,

enjoy our photo ~~ yummyyyy..yummyyyy


ooppssss,,perjalanan kami tak habis di di ice room...bila semua da kekenyangan...mata pun layu..sian MRK kena drive..ye la,,masa pergi aritu,,isteri yg drive..isteri mithali solehah ..ahakss

sempat jugak kami singgah kt melaka otw nk balik jb..bukan ape,,saje2 jek..MRK nk cari jeans tp tak beli pun cz takde paten yg berkenan...mm, takpe la SAYANG, nti bila kita g KL lg,,kita cari ea...

bila da mlm mata pun ngantok...ditambah pula dgn perut yg kenyang...lagi la mengantuk..terpaksa la tukar driver,,Adi drive Apis dok depan aku dan MRK jadi bos pulak kt belakang...hehehe...ape yg penting KERJASAMA..
tepat jam 1230 am kami samapi di rumah setelah menghantar malaun Adi dan Apis...percutian yg menyeronokan... mungkin bulan Oktober ni kitaorg bercuti lg ke KL..kenapa??? sebab nk tgk Valentori Rossi aka MOTORGP !!!! 

da da ~~




Rabu, 22 September 2010

.:: holiday @ kl - 2nd day ::.


Hari : Ahad
Jam  : 10 pagi - 2 pagi
Tarikh  : 8hb Ogos 2010
Lokasi  : KL, Damansara, Shah Alam

 
hari kedua kami menuju ke Mid Valley Mega Mall,,,pegi sana cuma makan jek..eh, ada gak beli,,hehe..beli sandal kt Carlo Rino,,nway, tercapai gak hajat nk dptkn sandal tu dulu, tp masa tu ongkos tak de tak cukup.hehe..thanks to MRK cz belanja saya..nggeeee 

jalan punyer jalan terjmpe sale...hahaha,,senyum sampai ke telinga aku,,GUESS ada sales...terus aku menuju utk melihat ape yg sales nyer...jam n handbag,,ada rebate RM300 utk jam dan RM100 utk handbag,,wow !!! tp hampa..takde yg berkenan,,so tgk dan lihat je la,,,T_T

p/s ***tp,,aku akan dapatkn jugak nti,,sama ada jam @ handbag @ kedua2nyer sekali...hahahaha
 leceh klu jalan dgn kaum lelaki,,klu kita masuk butik wanita,,diorg dok jek kt luar,,muka masing2 mcm suro cepat kuar dr butik tu..eee,,geramnyer,,ye la, ye la..saya kuar la skrg...
si Adi,,dtg KL ada tujuan bebenor nyer,,jmpe marka @ awek @ gf,,hehehe,,kitorg suke tgk kawan2 suke...tp siap la,,kena ngage dgn kami semua,,hahahaha
 

adi bersama marka @ awek @ gf

da siap mkn, kami punyer khadam pemandu pelancong APAN & IRA pun bawak kami ke IKEA,,,wah,,memang itu la impian ku selama ini,,tercapai jua...best la kt sana, mcm2 ada..pak kal jek kete da penuuh dgn brg2,,klu tak mmg soping kami kt IKEA tu...


mcm2 paten aksi kami di IKEA

bonet kete da penuh jek, kami meneruskan lg perjalanan ke I-City, Shah Alam...mmg happening,,meriah dgn lampu2 yg berwarna warni..sekali lg impian ku tercapai utk ke I-City ni,,asik tgk pic kawan2 jek,,jelessss...sibuk,,semua sibuk nk amik gambar di setiap sudut kt sana..pntang nmpk ada lampu,,ramai la org kt situ,,hehe...kenangan ~~ 


yang terindah bersama mu, SAYANG ~~
 urut kaki lepas jalan 30 minit ~~

to be countined ~~

Selasa, 21 September 2010

.:: Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ::.

Pengarah: Ahmad Idham
Lakonan:
Cat Farish : Asmat (Pelakon Utama)
Mazlan Pet Pet : Punai (Pelakon Utama)
Lisa Surihani : Mustika (Pelakon Utama)
Azlee Senario : Pak Mor (Pelakon Utama)
Nora Danish : Seha (Pelakon Utama)
Bob (KU2)@Kuman : Wak Ketari (Pelakon Utama)
Ruminah Sidek : Bomoh Jawa (Pelakon Pembantu)
Ebby Yus : Bomoh 1 (Pelakon Pembantu)

Krew:Raja Mukhriz : (Pengarah Fotografi)
Ollynn : (Pengarah Seni)
Mazri Mustafa : (Pembantu Pengarah)
Rosli Mohd Taib : (Pembantu Pengarah)
Ahmad Mustadha : (Penyunting)
Penerbit:David Teo : (Penerbit Eksekutif)

Jangan Pandang belakang congkak 2 poster

Sinopsis Jangan Pandang Belakang Congkak 2:

Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya.
Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur.
Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika.
Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harata dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir.
Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir, Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk selama-lamanya tetapi kedatangan Punai, Asamat dan Jihan telah menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan tidak dihapuskan, harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan Pak Mor dan Mustika.
Dengan kuasa yang ada, Pak Mor dan Mustika mencuba untuk membunuh Asmat dan Punai tetapi gagal. Akhirnya Punai dan Asmat berjaya melarikan diri. Punai dan Asmat kemudian berhenti di satu tempat. Punai memberitahu Asmat bahawa tiada gunanya mereka melarikan diri kerana Pak Mor dan Mustika akan sentiasa mencari dan mengejar mereka. Asmat memberitahu ada seorang bomoh yang dirasakan boleh menolong mereka iaitu Wak Ketari.
Lalu mereka pun pergi mencari rumah Wak Ketari. Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada diri mereka dan mereka ingin menuntut ilmu kebomohan dari Wak Ketari. Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka tetapi mengenangkan syarat-syarat yang ketat mesti mereka patuhi. Pada mulanya mereka keberatan kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat.
Tetapi setelah terpandang Seha, anak gadis Wan Ketari yang cantik, mereka terus bersetuju untuk belajar. Bermula dari itu mereka belajar dan mereka menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerena mereka dikehendaki menangkap hantu. Walaupun menghadapi masalah, mereka berjaya menangkap hantu-hantu tersebut dan mereka lulus ilmu bomoh.
Pak Mor dan Mustika mendapat tahu yang kini menetap di kampung Wak Ketari. Pada malam itu Pak Mor dan Mustiak dengan bantuan hantu-hantu mereka berjaya menculik Seha. Wak Ketari kemudian menilik dan mendapati anaknya diculik Pak Mor dan Mustika. Kemudian mengarahkan Asmat dan Punai pergi menyelamatkannya.
Nantikan kesudahan dalam Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

p/s : mesti tgk nie...bile eak??? hahaha

Ahad, 19 September 2010

.:: nenek & atok pontian ::.

selamat malam...**mood merapu da sampai ~~

masih dlm mood raya lg tp rasanyer raya tahun ni mcm kurang. sbb MRK kerja tak de cuti...nk g beraya pun takde mood...nggeee

insyaAllah, esok kitorg nk g beraya kt Kg. Parit Tengah, Pontian. Ahad la masa utk outing (MRK cuti !!!) ke rumah siapa,,semestinya nenek & atok ku aka Nyai & Yayi...ye la, tahun lepas tak berkesempatan nk balik sana,,baru kawin so kena la beraya di rumah sedara mara sebelah MRK. lagi pun tahun lepas kn aku masih kerja kt Putrajaya,,,

selain uma nenek, sok kitorg nk round uma sedara mara yg ada kt pontian tu..ye la, alang2 beraya kn, sementara ada masa...tp kena balik cepat sbb isnin da naik keje...

keje???? addooiii...bole ke aku bangun pagi ni,,sejak2 cuti, asik terbabas jek...so, esok la masa utk iron baju, readykn bahan2 utk sarapan MRK...jam loceng pun kena ready gak ni,,,handphone ke, alarm ke..semua kena check esok,,pasti kn ianya berfulingsi berfungsi...

da da ~~

Sabtu, 18 September 2010

.:: Tanggungjawab Seorang Isteri ::.

1. TAAT

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: 
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim) 

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad) 

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal) 

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting. 

2. MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah) 

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya. 

3. MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam. 

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab Bersama. 

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka. 

4. MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku. Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59) 

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

5. MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu. Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis. (Imam al-Ghazzali) 

Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami. 

6. PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya. 

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi. 

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan. 

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan. 

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran. 

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu. 

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. 

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia. 


 bila dipendekkan lebih kurang mcm ni la : -

· Sentiasa malu terhadap suami.
· Merendahkan penglihatan ketika berhadapan dengan suami sebagai tanda hormat.
· Menta'ati perintah suami.
· Diam ketika suami sedang berkata-kata.
· Berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar.
· Menyediakan dirinya untuk suaminya ketika hendak tidur.
· Memakai wangi-wangian.
· Memelihara mulutnya dengan wangi-wangian.
· Sentiasa berhias dihadapan suami.
· Tidak berhias ketika suami tidak ada.
· Tidak khianat terhadap suami dalam hal tempat tidumya dan hartanya.
· Menghormati keluarga suami dan para kerabatnya.
· Merasa puas jika diberi sedikit oleh suaminya.
· Tidak menolak ajakan suami untuk bejima'
· Tidak boleh berpuasa sunat tanpa izin suami.
· Tidak boleh keluar dari rurnahnya kecuali dengan izin suami.

p/s ini utk peringatan utk diri sendiri ~~ sebagai rujukan menghadapi masa2 mendatang...ngggeeee

Rabu, 15 September 2010

.:: kucing oh chemong ::.


kucing !!! oh tidak...aku memang KURENG sikit kt binatang ni...tak tau kenapa..tapi MRK bukn main suke lg...dipeluk2..dicium2..disayang2...sampai kn kucing ni suke kt ketiak..yyeeekkk ~~
tu la pagi td buka jek pintu uma si CHEMONG ni da...MRK amik, mandi kan...terjerit2 kesejukan...bg towel,,selimut kan,,diam tp.....

huh,,,ni yg boring ni...tetiba je hidung aku ada bau yg kurang best...bau TAHI kucing,,, tertonggeng2 aku mencari...haaaaa...da jumpe !!! kt belakang kabinet tv...mak aiiii ~~ HAMPEH !!!

tu satu hal...ni td aku baru balik beraya uma jiran2..masuk bilik nk salin baju la konon nyer..zaassss..hidung aku ada bau lagi mcm pg td...cari punyer cari,,,jumpe !!! kt mana??? ATAS TILAM !!! mau menangis aku tgk...errkkkk ~~ 

" SAYANG, TOLONG LETAK LUAR CHEMONG 
AWAK TU SKRG !!!! "


Minal Aidil Wal-Faizin

Mohon maaf atas lisan yg tak terjaga....
Janji yang terabaikan....
Hati yang berprasangka & .....
Sikap yang pernah menyakitkan....

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

dari kami suami isteri


Selasa, 7 September 2010

.:: holiday @ kl - 1st day ::.

Hari : Sabtu
Jam  : 10 mlm
Tarikh  : 7hb Ogos 2010
Lokasi  : JB ,Uptown Cheras, Putrajaya

huuiihhh...lamanya tak update blog kan..nk kata malas tak jugak,,nk kata tak de masa pun tak jugak...hehehe...

nway, b4 puasa aritu kitorg jenjalan KL wif Adi n Hafiz,,saje jek sebab isnin 9/8/2010 tu off day utk Singapore,,mereka2 ni kan kerja sana,,alang2 mereka cuti,,aku pun cuti sekali (cuti byk lg !!!)...

gerak sabtu malam kol 10 pm lebih kurang, blik isnin smpi dalam kol 1230 am...mmg berjalan betul la...pantang jumpe kedai makan..mesti kami singgah makan...**mcm byk duit bagus jek..hehehe

tp otw mlm tu aku bawak bekal,,spegeti ada,,nasi goreng ada,,air kopi pun ada..nyummm...nyummm

 nasi goreng kg dan spagetti,,nyum..nyum
 
 ape yg dibincangkn tue,,???ooo..g kl nk jmpe awek ea...hihi

siap mkn kami pun meneruskan perjalanan...ke mana??? mmm..si Adi ni rupe2nyer da ada appointment kt uptown danau kota...addooiii,,, mana nk cari jalan ke sana ni...tepon semua member2 yg tau jln KL semua tak dapat...ffuuhhh...giler r,,time tu da pukul 1.00 am...

pusing punyer pusing,,tnyer org semua,,akhinyer smpi pun,,,selamat jugak,,kira terror gak kami cari jalan,,,hehehe...ramai gak org,,ye la malam minggu kan,,,semua tido lambat agaknyer...

tak beli ape pun,,,semua try n error..hehehehe


to be continue ~~

~~ Kau milikku jua ~~

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...